Wednesday, June 19, 2013

Korean Food at Dubu-Dubu Midvalley

Hi.

Today I'm not feeling well. Demam sikit. Bila dah demam ni, mula lah perangai nak mengidam makan macam-macam, taknak makan yang biasa-biasa. *Rasa nak makan spageti bolognese Secret Recipe :-/

Masa aku gan adik aku kecik-kecik dulu, asal demam mak aku mesti belikan KFC. Cara psikologi tu nak bagi anak cepat sembuh. Yelah, dulu-dulu memang susah nak makan KFC, McD sume tu lah sebab zaman dulu keluarga aku susah. Sekarang ni alhamdulillah life is much better. 

So bila demam dapat makan makanan yang sedap tapi susah nak dapat memang excited lah kan. Sebab tu dulu-dulu aku suka kalau aku demam. Kalau aku demam baru dapat lebih attention dari parents and dapat makan KFC. Haha. Childish. 

Okay, bukan nak cerita tu sebenarnya tapi nak cerita tentang pengalaman makan makanan korea di Restoran Dubu-Dubu. Mukadimah mesti nak panjang kan. 

Straight to the point. Okay, bawah ni makanan yang aku dan Haqim makan kat sana.

Menu aku: Soondubu Jigae

Menu Haqim: Beef Kimchi Gogi

Komen tentang menu aku: Soondubu Jigae
- Nasi okay, not bad. Ada rasa sikit. Tak tahu camna nak describe.
- Lauk yang macam tomyam tu sedap, aku suka. Rasa tak macam tomyam pun. 
- Kimchi, umm kalau makan macam tu tak sedap. Tapi kalau digaul dengan dengan nasi baru sedap.
- Sayur-sayur tu tak sedap. Aku suruh Haqim habiskan. Hehe.

Komen menu Haqim pula: Beef Kimchi Gogi
- Okay yang beef tu ada telur mata tu sangat sedap! Daging nya lembut cukup perasa. Ahh sedapnya~
- Yang lain sama macam makanan aku.

Nak tahu lebih details tentang Dubu-Dubu ni boleh pergi ke laman web mereka. Di sini

Bagi sesiapa yang suka mecuba makanan baru boleh pergi sini :)

Okay, sampai di sini saja. Nanti kita cite makanan lain pula :)

Friday, June 14, 2013

Clay Therapy

Hello.

How's your life so far? :)
Time moves fast this week. Tup tap dah hari jumaat and I love Friday! Haha.
I guess maybe I'm a bit busy at work sampai tak sedar dah jumaat. Well, it is a good indicator that you do your job. Heh?! 

On last week, aku ada kursus 'Psikologi dan membongkar Personaliti' (tajuknya lebih kurang macam tu la, dah lupa). Interesting juga lah. Salah satu session dalam kursus tu ialah Clay Therapy. 

Ini hasil dari clay therapy:

*dari kiri: Eiffel tower, tasik dan dolphin


Okay, kalau tengok gambar kat atas ni memang Eiffel tower aku tu tak macam Eiffel tower and dolphin tu tak macam dolphin, macam kapal terbang pun ada juga. What to do, I have no touch of arts. That's sad. But this is my result for clay therapy.

*What my peers described about me when see my Eiffel tower. (most of them couldn't guess it is Eiffel tower, duhh)

The first task, pegawai psikologi tu suruh kami semua buat something menggunakan clay untuk menggambarkan tentang diri kita. So, aku buat lah Eiffel tower sebab aku dah takda idea nak buat apa. Ingat macam senang lah nak buat kan tapi takda rupa Eiffel tower pun. Haha. Silly me. 

Apa yang menarik perhatian aku tentang clay therapy ni ialah this is one of the method to express your feeling, thoughts and ideas. 

Kaedah ni sangat sesuai untuk kanak-kanak yang pasif, introvert, pendiam. Kadang-kadang bila kita tanya, budak-budak yang macam ni susah nak bagi respon. So one of the way nak tahu ialah menggunakan clay therapy. 

Ada banyak lagi method, tapi yang aku baru belajar salah satunya ialah clay therapy. Mana-mana yang ada anak tu, galakkan mereka bermain clay yang macam ni. Besides, it can develop their creativity. Kalau waktu weekend nak masak kuih ke then nak kena buat dough, ajak lah anak-anak. Biar mereka buat macam-macam bentuk. Jangan marah kalau anak-anak menyibuk, encourage them. 

Untuk tahu lebih lanjut tentang clay therapy boleh rujuk sini

This one is for my reference bila dah ada anak nanti. Hehe.

Thursday, June 6, 2013

Trip Ke USS

Hi. 

Semalam aku pergi ke Universal Studio Singapre (USS) dengan family aku. My second time pergi ke USS but this time went there with my family. Satu hari di sana. Memang best. Semua studio kami masuk dan siap main dua-dua roller coster yang tinggi-tinggi tu. First time juga naik roller coster. Lepas ni memang takkan naik dah. Huhu.

Tak nak cakap banyak, tengok gambar-gambar kat bawah ni.


 *Salah satu tempat di USS

* That's me. Pegi sana pakai selipar ja. Selesa sikit nak bejalan


* Di rumah Shrek. Tapi Shrek takda kat rumah dia, dia ada di istana Fiona

*I like to move it move it. Move it!





* Begambar lepas pegi ke Studio Shrek

The most places must go are Studio Transformer, itu kena pegi. Memang awesome gila! Trust me. Then, studio Shrek. Best sangat! And third Live musical concert. Ohh memang sangat teruja tengok dorang menari atas pentas.

So kalau you all nak pergi USS dengan harga tiket yg murah siap transport, free set lunch and set snack, get diskaun $5 voucher beleh refer di sini.

Kami beli pakej mereka sebab murah. Yelah, enam orang nak pegi sana tak nak mahal pulak kos dia ye dak. Sangat fun pegi sana.

InsyaAllah tahun depan jenjalan kat negara lain pulak. Maybe 4 seasons country. Hehe.