Saturday, December 21, 2013

Percutian di Beijing Musim Sejuk Part I



Assalamualaikum.


Da jiao hao! :)

Ecehh mentang-mentang pergi Beijing cakap cina kau kan.
Haha. Aku baru balik dari Beijing. Pergi bercuti bersama mak dan adik aku, Nina selama 6 hari 4 malam. 

Flight kami pada jam 6.25 petang (15 Disember 2013) tiba di Beijing jam 12.10 tengah malam (16 Disember 2013). Kalau bercuti ikut rombongan cik kiah ni kena sampai 3 jam awal dari masa penerbangan. So pukul 2 lebih kami dah sampai ke KLIA, minta tunang tolong hantarkan. 

Since 6 hari aku di sana, aku akan bahagikan posts tentang percutian aku di Bejing.

Okay, here's the story. 

Kami ikut rombongan travel agent, Honey Vacation untuk ke Beijing. Harga seorang RM2200 termasuk tiket flight, accomadation, transport, fee tempat-tempat yang nak lawat dan 3 kali makan. Reasonable price kan. 

Oh, last post percutian aku di Beijing pada musim sejuk, aku akan bagi beberapa tips kalau you all plan nak bercuti kat sini nanti.

Nak start cerita dah ni. Baca slow2 ya :)


Day 2

Hotel yang kami duduk ialah FX Hotel. Awesome sangat hotel dia. Before bergerak ke destinasi, aku dengan adik aku pergi breakfast dulu kat hotel tu. Bear in mind, makanan di hotel tak halal ya walaupun itu adalah muslim tour. Kami hanya makan roti, coco crunch and susu, buah dan kopi sahaja. 

Summer Palace
Dalam pukul 9.10 pagi kami bergerak ke Summer Palace. Dari hotel kami mengambil masa dalam 30 minit untuk sampai ke sana. Masa atas highway tu aku tengok lah pemandangan di Beijing. Busy jugak kota Beijing ni, jalan jammed sama ja macam kat KL. 

Sebelum bergerak, bergambar dulu. Haha. Sebenarnya sejuk gila.

Summer Palace ni tempat Maharaja dan kaum kerabat beristirehat. Kalau nak tahu lebih sejarah nya, boleh google sendiri k.




Cantik kan pemandangan kat sini? ^_^


Tasik tu beku. Serius memang sejuk gila kat Beijing ni

Antara tempat-tempat di Summer Palace






bergambar sakan kau kan -.-

Yin Feng Home Textile 
Selepas jenjalan di Summer Palace, kami pergi ke Silk Textile Store, salah satu government store di Beijing.


Kalau perasan ada seorang ahmoi kat tengah-tengah, itu lah instructor kami, Snow namanya :)

Snow boleh cakap Bahasa Melayu tau. Dia terangkan tentang sutera semua dalam bahasa melayu. Lepas dah explain macam mana sutera terbentuk, then dia bawa kami ke dalam kedai di tingkat atas. Kemudian, kata nak bagi promotion kain-kain sutera seperti bantal, cadar, comforter, kain. Murah.. Tapi aku tak beli pun. Hehe. 

Selepas tu, kami lunch di sebuah restoran Muslim. Tak tahu apa nama restoren tu. Kata Mahathir (our tour guide who can speak Malay), ni restoren Muslim yang famous. Dan semua restoren muslim di Beijing tulisan restoren color hijau dan akan ada lambang bulan dan bintang.

Tambah sup sayur (rumpai laut kot) tapi time ni tak sampai lagi

So amacam, menyelerakan tak? Huuuu -.- Makan je lahhh. Makanan dorang tak pedas langsung. Dan banyak lauk sayur. Minuman pula just air panas. Takda nya air sirap ais ke, kopi ke, teh tarik ke. Tak ada k.

Lepas makan, kami pergi ke masjid, Niujie Mosque - masjid tertua di Beijing.

besar jugak kawasan masjid ni. Tersesat la jugak tak jumpa jalan keluar

Dah selesai solat, kami singgah beli kuih dan keledek di kedai makanan Muslim. Kedai tu berdekatan dengan masjid Niujie tapi kena jalan sikit dan kena cross jalan then sampai dah :)


Nampak macam sedap je kan. Tapi sebenarnya tak sedap. Jangan beli. 

Ramai orang nak beli sampai beratur

Aku beli kuih tak tahu apa namanya, pakai pilih ja. Total 20 yuen. Mak aku beli keledek, itu sedap bila makan panas-panas time musim sejuk. Perghh. 


Bamboo Shop
Dah selesai beli, next stop kami pergi ke Bamboo shop. Boring tau dak kena pergi tempat-tempat shop ni. Tapi nak buat macam mana wajib pergi ke government store kalau ikut agent travel.




Perempuan tu instructor untuk Bamboo shop, dia tak pandai cakap bahasa inggeris atau melayu. So Mahathir yang tolong translate kan ke dalam bahasa melayu.

Well, aku pun tergoda lah jugak dengan barang-barang yang dorang jual. Semuanya diperbuat daripada bamboo dan charcoal. Amazing kan? ^_^

Aku beli kiub charcoal (kotak yang Mahathir pegang tu) dan cleanser (sebelah kotak tu). kiub charcoal tu dapat hilangkan bau so sangat sesuai letak kat dalam fridge, kereta. Ada 12 pieces harga 108 yuen. Cleanser tu sangat awesome sebab bila pakai sel kulit mati terus tanggal, aku ada cuba. Itu yang aku beli tu. Harga 56 yuen.
Dah habis bayar, kami keluar dulu takut tergoda pulak nak beli yang lain. Kami turun pergi ke bas sementara yang lain masih bershopping lagi. 

Biasa kat tepi-tepi jalan memang akan ada orang jual. Aku pun belila beg-beg dapat 10 yuen satu, aku beli 6 beg.

Beli untuk buat souvenir


Kemudian, kami pergi menonton show acrobatic. Terhibur lah jugak. Aksi-aksi dorang buat dasyat jugak.


seat dalam hall macam seat panggung wayang

Yang ini show favourite aku. Takda la dasyat macam show yang lain tapi comel-comel ja dorang menari tambah music yang comel gak. Huhu. 

Bergambar dengan penari acrobatic. Cantik betul

Lepas habis show acrobatic, dinner time! Hehe. Tapi yang ni restoren lain pulak. Tak tahu lah apa nama restoren tu.

makanan malam untuk hari ke dua di Beijing

Then balik ke hotel. Packed jugak hari ke dua di Beijing. 



2 comments:

  1. Best nye jalan2.... Tengok adat & budaya orang lain:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best..seronok tengok negara orang :) tapi sejuk sangat kat sini..

      Delete