Friday, December 27, 2013

Percutian di Beijing Musim Sejuk Part II

Hi. 

Untuk part II aku akan sambung untuk hari ketiga aku berada di Beijing.


Ada beberapa tempat menarik kami pergi. Tapi as usual, government store wajib disinggah -.-


But still a wonderful experience :D 


Day 3


Tian An Men Square


Selepas breakfast, dalam jam 9 pagi kami bergerak ke destinasi. Tempat pertama yang kami pergi ialah Tian An Men Square. 


Aku ingat tempat ni macam historical place sebab dengar nama cina dia macam nama zaman dinasti. Tapi it just a square that can fits up to 500,000 people.


That's amazing fact but bagi aku takda apa yang menarik pun. Huhu. 


Tian An Men Square ni berdekatan dengan kawasan kementerian. Macam ala-ala Putrajaya gitu. 


belakang aku tu adalah parlimen

macam ni lah suasana di Tian An Men Square. depan tu adalah kementerian


Forbidden City

Lepas dah tangkap gambar dekat Tian An Men Square, kami pun bergerak ke Forbidden City. 

Forbidden City hanya terletak opposite Tian An Men Square. Dekat saja :) 


Forbidden City lagi best. Tengok bangunan dan design bangunan zaman dulu memang awesome. Tapi sebab sejuk sesangat (-5 degree celcius) aku tak sanggup nak pusing satu Forbidden City tu.


Sejuk sangat, serious talk.


ni kawasan pintu masuk Forbidden City. Jangan tanya tu gamba siapa. Aku tak kenal. Tapi seorang pemimpin terkenal ketika dulu.

lepas dah masuk ke dalam Forbidden City

Forbidden City ni luas kawasan dia. Tempat ni macam ada lapisan-lapisan. Lapisan yang last dan paling atas adalah tempat Maharaja. Yang atas ni baru macam second gate tau. Sebelum tu ada lagi ruang legar.








lepas dah bergambar kat jambatan kecik

ni tempat yang paling atas. Sejuk gila. Perasan tak ramai orang berkumpul kat luar hall tu? Haa yang tu kalau nak tahu ada apa kat dalam kena datang melawat Forbidden City ;)

kat sini bahagian lain di Forbidden City

Lepas dah habis jelajah Forbidden City, kami ke restoren pulak. Ramai yang nak gerak cepat sejuk sangat, tak tahan. Huhu.

berjalan menuju ke bas. Sebelah kiri adalah Forbidden City

Lunch


Lunch time. Yay! Musim sejuk ni memang cepat lapar. Walaupun menu dia macam banyak sayur, tak pedas tapi sangat teruja bila part nak makan. Mungkin sebab breakfast tak makan kot.



nampak menyelerakan kan? :)

Then, selepas makan kami pergi ke masjid. Tak ingat lah apa nama masjid, tapi masjid tu dekat dengan Bamboo shop. 


suasana sekitar masjid

Tea Shop - Dr. Tea

Selepas tu, kami melawat government store iaitu kedai teh, Dr. Tea.


Macam biasa, mereka akan bagi penerangan tentang teh dan bagi kita rasa jenis teh-teh yang dorang jual.


Dan... instructor Dr. Tea boleh cakap bahasa Indon. Well, bahasa Indon dengan bahasa Melayu pun nak lebih kurang sama kan. So fahamlah jugak penerangan dorang. 


Paling aku berkenan Pu'er Tea. Bagus untuk slimming, darah tinggi, bla bla bla (aku tak ingat). Bila dengar untuk slimmimg ja, aku macam - wow, untuk slimmimg! ;) *wink*


Terus minum 3 cawan Pu'er Tea k.

Buget boleh kurus la kalau minum Pu'er Tea tu. Puihh. Haha. Setakat minum 3 cawan kecik memanglah takda kesan ye dak.

Dorang jual 1 stok Pu'er Tea 400 yuen (lebih kurang RM200). Sorry, got no money. Huhu. :'(



adik aku bergambar dekat depan kedai Dr. Tea

FYI, kami tak dibenarkan tangkap gambar dalam kedai teh (masa dorang bagi penerangan pada kita). So tangkap gambar depan kedai pun jadi laa..

Stadium Olympic Bird's Nest Park


Selepas itu, kami pergi ke Stadium Olympic Bird's Nest. Stadium ni digunakan masa Olimpik 2008 dan design stadium tu macam sarang burung. 


Sangat cantik dan unik! :)


Aku ingat kan pergi ke stadium tu, tapi rupanya just jenjalan sekitar stadium tu ja. Sebab area situ ada orang jual-jual dan dekat lah jugak dengan stadium tu.






That's not my mum. She's my mum's friend


Foot massage

Dah penat jenjalan kat Stadium Olimpik Park, next kami pergi ke foot massage. Tempatnya berdekatan dengan stadium ni, dalam 5 minit dah sampai.


Foot massage ni free saja. Instructor dia pandai cakap bahasa Indon. Hebat betul dorang ni, multi-language semuanya. 


Sementara kaki kita diurut, datanglah beberapa consultant (katanya profesor, macam tak percaya) tentang rawatan urutan kaki. They can tell us what type of disease we might have and so on. 


Lepas tu, dorang akan promote ubat-ubat yang dorang jual. Ada ubat makan, ada ubat sapu. Aku macam -.-


*jual ubat pulak..


Tengok takda orang nak beli kan, manager tu bagi promotion lagi, buy 3 free 1 ubat. Haa tergoda tak kau. Nak-nak orang yang berumur.. lagi senang nak tertarik kan. Harga mahal lah jugak (paling murah dalam 500 yuen, RM250).


Macam kawan mak aku, dia tak berminat nak beli. So dia cakap lah tak cukup duit. Then consultant tu cakap lah, "never mind, you can use credit card". Kawan mak aku cakap dia takda credit card. Then, dia pujuk lagi, "you can pay half yuen and half Ringgit, we accept Malaysia money". *ayat dia lebih kurang macam tu la.

Nampak tak permainan dia? -.-


consultant tu tengah pujuk kawan mak aku untuk beli ubat. Nampak tak ubat-ubat tu?

Bagi aku lah, mungkin ubat nya bagus. 


Kita tau kan lifestyle orang Cina macam mana, kulit cantik, kebanyakannya sihat dan kurus-kurus ja badan walaupun dah tua, dan ada yang hidup lama. 


Tetapi, aku tak galakkan kalau korang nak beli. Sebabnya korang tak boleh consult lepas dah makan ubat-ubat tu. Tetiba ada side effect, takkan nak pergi ke Beijing tanya atau nak minta dorang consult kan.


Dan kalau tanya doktor di Malaysia, kalau dorang familiar with those ubat or bahan-bahan yang terkandung dalam ubat, that's fine. Tapi ubat tu takda kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Anda sanggup ke ambil risiko?


Huu -.-


Dinner


Lepas tu kami makan malam. Then balik ke hotel. 



Saturday, December 21, 2013

Percutian di Beijing Musim Sejuk Part I



Assalamualaikum.


Da jiao hao! :)

Ecehh mentang-mentang pergi Beijing cakap cina kau kan.
Haha. Aku baru balik dari Beijing. Pergi bercuti bersama mak dan adik aku, Nina selama 6 hari 4 malam. 

Flight kami pada jam 6.25 petang (15 Disember 2013) tiba di Beijing jam 12.10 tengah malam (16 Disember 2013). Kalau bercuti ikut rombongan cik kiah ni kena sampai 3 jam awal dari masa penerbangan. So pukul 2 lebih kami dah sampai ke KLIA, minta tunang tolong hantarkan. 

Since 6 hari aku di sana, aku akan bahagikan posts tentang percutian aku di Bejing.

Okay, here's the story. 

Kami ikut rombongan travel agent, Honey Vacation untuk ke Beijing. Harga seorang RM2200 termasuk tiket flight, accomadation, transport, fee tempat-tempat yang nak lawat dan 3 kali makan. Reasonable price kan. 

Oh, last post percutian aku di Beijing pada musim sejuk, aku akan bagi beberapa tips kalau you all plan nak bercuti kat sini nanti.

Nak start cerita dah ni. Baca slow2 ya :)


Day 2

Hotel yang kami duduk ialah FX Hotel. Awesome sangat hotel dia. Before bergerak ke destinasi, aku dengan adik aku pergi breakfast dulu kat hotel tu. Bear in mind, makanan di hotel tak halal ya walaupun itu adalah muslim tour. Kami hanya makan roti, coco crunch and susu, buah dan kopi sahaja. 

Summer Palace
Dalam pukul 9.10 pagi kami bergerak ke Summer Palace. Dari hotel kami mengambil masa dalam 30 minit untuk sampai ke sana. Masa atas highway tu aku tengok lah pemandangan di Beijing. Busy jugak kota Beijing ni, jalan jammed sama ja macam kat KL. 

Sebelum bergerak, bergambar dulu. Haha. Sebenarnya sejuk gila.

Summer Palace ni tempat Maharaja dan kaum kerabat beristirehat. Kalau nak tahu lebih sejarah nya, boleh google sendiri k.




Cantik kan pemandangan kat sini? ^_^


Tasik tu beku. Serius memang sejuk gila kat Beijing ni

Antara tempat-tempat di Summer Palace






bergambar sakan kau kan -.-

Yin Feng Home Textile 
Selepas jenjalan di Summer Palace, kami pergi ke Silk Textile Store, salah satu government store di Beijing.


Kalau perasan ada seorang ahmoi kat tengah-tengah, itu lah instructor kami, Snow namanya :)

Snow boleh cakap Bahasa Melayu tau. Dia terangkan tentang sutera semua dalam bahasa melayu. Lepas dah explain macam mana sutera terbentuk, then dia bawa kami ke dalam kedai di tingkat atas. Kemudian, kata nak bagi promotion kain-kain sutera seperti bantal, cadar, comforter, kain. Murah.. Tapi aku tak beli pun. Hehe. 

Selepas tu, kami lunch di sebuah restoran Muslim. Tak tahu apa nama restoren tu. Kata Mahathir (our tour guide who can speak Malay), ni restoren Muslim yang famous. Dan semua restoren muslim di Beijing tulisan restoren color hijau dan akan ada lambang bulan dan bintang.

Tambah sup sayur (rumpai laut kot) tapi time ni tak sampai lagi

So amacam, menyelerakan tak? Huuuu -.- Makan je lahhh. Makanan dorang tak pedas langsung. Dan banyak lauk sayur. Minuman pula just air panas. Takda nya air sirap ais ke, kopi ke, teh tarik ke. Tak ada k.

Lepas makan, kami pergi ke masjid, Niujie Mosque - masjid tertua di Beijing.

besar jugak kawasan masjid ni. Tersesat la jugak tak jumpa jalan keluar

Dah selesai solat, kami singgah beli kuih dan keledek di kedai makanan Muslim. Kedai tu berdekatan dengan masjid Niujie tapi kena jalan sikit dan kena cross jalan then sampai dah :)


Nampak macam sedap je kan. Tapi sebenarnya tak sedap. Jangan beli. 

Ramai orang nak beli sampai beratur

Aku beli kuih tak tahu apa namanya, pakai pilih ja. Total 20 yuen. Mak aku beli keledek, itu sedap bila makan panas-panas time musim sejuk. Perghh. 


Bamboo Shop
Dah selesai beli, next stop kami pergi ke Bamboo shop. Boring tau dak kena pergi tempat-tempat shop ni. Tapi nak buat macam mana wajib pergi ke government store kalau ikut agent travel.




Perempuan tu instructor untuk Bamboo shop, dia tak pandai cakap bahasa inggeris atau melayu. So Mahathir yang tolong translate kan ke dalam bahasa melayu.

Well, aku pun tergoda lah jugak dengan barang-barang yang dorang jual. Semuanya diperbuat daripada bamboo dan charcoal. Amazing kan? ^_^

Aku beli kiub charcoal (kotak yang Mahathir pegang tu) dan cleanser (sebelah kotak tu). kiub charcoal tu dapat hilangkan bau so sangat sesuai letak kat dalam fridge, kereta. Ada 12 pieces harga 108 yuen. Cleanser tu sangat awesome sebab bila pakai sel kulit mati terus tanggal, aku ada cuba. Itu yang aku beli tu. Harga 56 yuen.
Dah habis bayar, kami keluar dulu takut tergoda pulak nak beli yang lain. Kami turun pergi ke bas sementara yang lain masih bershopping lagi. 

Biasa kat tepi-tepi jalan memang akan ada orang jual. Aku pun belila beg-beg dapat 10 yuen satu, aku beli 6 beg.

Beli untuk buat souvenir


Kemudian, kami pergi menonton show acrobatic. Terhibur lah jugak. Aksi-aksi dorang buat dasyat jugak.


seat dalam hall macam seat panggung wayang

Yang ini show favourite aku. Takda la dasyat macam show yang lain tapi comel-comel ja dorang menari tambah music yang comel gak. Huhu. 

Bergambar dengan penari acrobatic. Cantik betul

Lepas habis show acrobatic, dinner time! Hehe. Tapi yang ni restoren lain pulak. Tak tahu lah apa nama restoren tu.

makanan malam untuk hari ke dua di Beijing

Then balik ke hotel. Packed jugak hari ke dua di Beijing. 



Friday, December 6, 2013

Inspire People : Nelson Mandela

Hi.

Beberapa hari yang lalu, kecoh tentang kematian Paul Walker, pelakon Hollywood. Mesti semua orang kenal. Siapa yang memang follow movie Fast and Furious confirm kenal hero handsome ni.

* handsome betul. duhh.

* ni gambar dia serius pulak. buat muka serious pun handsome.. 

Actually yang kecohnya bukan lah kematian dia tapi perkataan Rest in Peace (RIP). Kecoh kata Muslims tak boleh pakai perkataan tu. 

Okay, dah clear tentang tu. Aku taknak komen apa-apa.

Then kecoh lagi, orang persoalkan pelakon Hollywood mati semua sedih, ambil tahu. Tapi rakyat Palestin, Syria dan Muslims yang lain kena ditindas, kena bunuh takda siapa yang ambil tahu.

Pendapat aku, tak perlu samakan pelakon Hollywood dengan rakyat Palestin, Syria dan Muslims yang lain. This is about Death. Semua orang akan mati. 

For me, I feel sorry atas kematian Paul Walker. 
And I feel sad of what happen to our brothers and sisters di Palestin, Syria. Tapi rasanya tak perlu setiap hari kita nak update dan post kita rasa sedih apa yang terjadi pada saudara Islam kita di laman sosial. Cukup lah kita berdoa pada Allah keselamatan, kesejahteraan mereka.

Doesn't mean we didn't post in facebook/twitter everyday how very sad we are about them, we didn't care about them. 

Tuhan tak perlu nak sign-in facebook atau twitter untuk dengar doa kita. 

Do you get what I mean?

Okay, enough with that issue. Sebenarnya nak cerita pasal best quote from Nelson Mandela. Panjang berjela pulak cerita pasal Paul Walker. 

Nelson Mandela tu siapa? Sila google. 


Bila baca quote ni tetiba teringat masa buat FYP dulu. Huuu seksa nak siapkan. Berbaloi segala keringat dapat lah jugak A for FYP :)


Never give up.


Do you have that courage? 


I give my salute pada Nelson Mandela. Bertahun-tahun kena penjara never stop fight what he thinks is right. He stand up what he believe and never back off. And look what he did. He changed the world.

It makes me wonder about myself. Can I be as strong as him to face dugaan dari tuhan? 




Thursday, December 5, 2013

Melawat ke Media Prima

Hi. 

Pagi tadi aku ada lawatan ke Media Prima. Rasanya semua orang tahu Media Prima tu apa. Kat situ lah tempat  TV3, 8TV, NTV7, hot.fm, fly.fm. A broadcasting station. 

Well, aku saja je lah nak pergi ke sana sebab asyik kursus kat area tempat kerja je kan. So terasa nak pergi jauh sikit. 

Selama ni, lalu je depan Media Prima, tak sangka ada jugak peluang masuk ke sana. 

Kami pergi sana, just melawat radio station under Media Prima. Sempat la masuk konti hot.fm. Sempat berjumpa dengan Leya. Aku jarang dengar hot.fm, biasa dengar fly.fm. Masa pergi sana ternampak Hunny Madu kat dalam konti fly.fm. 

sangat comel si Leya ni :)

Lepas tu, Seelan Paul ada bagi talk. Talk nya more focus on the students, macam where will you go after graduate and what it takes to build your career, your future. Interesting talk!


sempat la jugak bergambar gan Seelan Paul :)


Semua orang teruja nak bergambar and bila nampak celebriti yang lain. Aku tak tahu kenapa aku tak teruja macam dorang. 

Sebab aku fikir dorang pun manusia biasa and that's their job, like we did. Cuma bezanya kerja dorang, ramai orang kenal. Kalau nampak artis kat luar pun, aku buat don't know ja. Huu. 

K lah. Saja ja nak cite kite pegi Media Prima. 




Friday, November 29, 2013

Strawberry and Banana Smoothies *guna 'Shake & Take' Blender

Hi again.

Untuk post kali ni nak share menu smoothies. Main ingredient nya ialah strawberry dan pisang.


 strawberry

 pisang

 yogurt *any flavor

susu

Add on:
- kurma (sebagai pemanis)

Caranya, potong kecil-kecil strawberry, pisang dan kurma (bilangan, ikut suka hati). Then, campak kan ke dalam blender. Letak susu dan yogurt (sukatan, ikut suka hati).

*macam ni la gayanya. Kalau nak letak ais atau air kosong, terpulang.

Last step, blend it!

Hasilnya,
Tadaaa..

Rasanya masam sebab strawberry kan masam. Tapi okay la, tasty. Suka tekstur nya. Creamy and smooth.. Dah namanya smoothies kan.

Khasiat nya you all google la sendiri ya. Plus, kalori tak tinggi kalau berbanding kita makan nasi lemak. Tapi still boleh mengenyangkan perut dengan kalori yang tidak berlebihan. Sesuai untuk sarapan ataupun makan malam. Tapi aku jadi kan smoothies macam snack je la. 

Menu ni pun I google and youtube.


Don't forget to try k :)

Macam Best Je.. 'Shake&Take' Blender

Assalamualaikum. Hi.

How's life? Happy? Sad? 

I have such a boring life. And when you're bored you get stress. And when you're stress, you eat. Well, it helps to release my stress. But the consequences that I gained weight! OMG. 

Houston, we got a little problem. *menyanyi gaya Misz Nina

Yes, badan saya dah naik dengan mendadak. Badan tak nampak gemuk tapi berisi. Siap ada double chin! This is so not good.

Sedih kan bila badan dah naik. Itu lah makan tak jaga, suruh exercise malas. Mana berat badan tak naik -.-

So saya pun gigih kan diri untuk diet. Firstly beli penimbang berat badan. Rajin kan diri pegi joging petang-petang. Kurangkan makan nasi. Then belajar kira kalori semua tu lah. Tak berapa clear sangat tapi boleh lah faham sikit-sikit konsep calorie intake. 

Cara yang dapat membantu mengurangkan calorie intake adalah dengan minum smoothies! :)

Aku terpengaruh jugak akhirnya. Mula-mula taknak beli sebab sayang nak keluar kan duit. Tapi lama-lama beli jugak. Huh. Aku beli kat GDeal, harga RM53.00 sahaja. Tu harga paling murah aku jumpa setakat ni. Kalau kat Groupon pun RM58.00. 

Bila dah sampai blender Shake&Take, aku pun buat lah smoothies. Awal-awal memang semangat la kan nak buat. Rupa blender tu macam ni:

*Macam comel je. Macam best je. 

Okay, memang comel dan best sangat. Sebab blender ni lepas kita blend kita boleh carry terus jadi macam botol air. Best gila kan ^_^

Saya ada try buat smoothies. Nanti post akan datang k :)

*Kejap saya, kejap aku, kejap I. Mana-mana pon boleh. Hehe