Untuk hari terakhir di Beijing, ini la masa yang ditunggu-tunggu iaitu shopping time!
Haha.
Day 5
Tapi sebelum boleh ke Silk Maket dan Yaoshi Market, kami kena pergi ke goverment store, iaitu Pearl Shop.
Pearl Shop
Pearl Shop ni berdekatan dengan Stadium Olimpik Bird's Nest. Untuk beri penerangan tentang pearl, anak perempuan tauke kedai ni yang explain tentang produk yang dorang jual.
Her English was not so good and she admit it. She said we are so nice listening to her explanation. So she said she gives very cheap price for the pearl, only for us.
Bayangkan, gelang pearl harga 2200 Yuen (dalam RM1100) dia jual dengan harga 200 Yuen. Subang pearl aku tak tahu berapa harga asal, dia jual 50 Yuen sepasang. Murah bak hang!
Kau rasa tergoda tak?
Tapi ramai tak beli. Sorang ja yang beli. Kami semua duduk luar sambil tunggu kawan kami seorang ni beli pearl.
Aku tak percaya itu pearl tulen. Gila kau nak bagi pearl tulen dengan harga 200 Yuen untuk gelang yang penuh biji-biji pearl?
Aku syak, ini taktik terbaru dorang. Kalau sebelum ni, dorang pakai taktik lain. Boleh rujuk cerita blogger ni. Sini
So, bila you all pergi sana berhati-hati la ye. Kuatkan sikit iman tu. Hehe.
Selepas tu barulah kami pergi ke Silk Market dan Yaoshi Market.
Silk Market & Yaoshi Market
Entrance nak masuk Silk Market
Macam biasa haruslah bergambar kan. Yang ni depan Silk Market
Silk Market dan Yaoshi Market ni bukan macam pasar-pasar tepi jalan tau. Dia macam mall tapi harga boleh nego. Bagi pendapat aku, nak bargain harga kat Silk Market susah sikit. Harga dorang jual memang mahal.
Tak syok shopping sini. Aku jenjalan sekejap lepas tu masuk dalam bas sementara tunggu yang lain.
Lepas tu, kami shopping di Yaoshi Market (actually not sure the right name of the market). Kat sini harga tinggi jugak tapi senang sikit nak bargain.
Aku beli bagasi warna pink, dia jual 1350 Yuen, aku bargain dapat 250 Yuen. Suka. Wee~ :D
*Nanti aku upload gambar bagasi yang aku beli
Aku tak beli apa pun, banyak beli souvenir ja. Itu pun lepas balik Malaysia still tak cukup. Huhu.
Oh ya. Kalau nak bargain harga, you all kena tahan maki. Kalau jenis tak tahan, bila betul-betul nak beli ja baru tanya. Ada tu yang tarik tangan, ada yang paksa, ada gak yang mencarut dalam bahasa cina. Semua aku dah kena time tu. Haha.
Kedai yang aku beli bagasi, lepas dah beli ah moi ni minta souvenir dari Malaysia. Dia minta duit Malaysia. So aku bagi lah RM1. Kihkihkih. Okay la kan.
Itu saja. Lepas dah habis shopping, dinner then balik ke hotel. Esoknya pulang ke Malaysia.
The end :)
No comments:
Post a Comment