How are you? time moves fast, it's February already.
Sejak kebelakangan ni muka aku selalu naik jerawat. Stress jugak. Dah la parut jerawat yang dulu tak hilang-hilang then nak tambah jerawat yang baru pulak. Duhh. Stress tengok muka sendiri. Bukan tak bersyukur, aku bersyukur sangat dilahirkan dengan keadaan yang cukup sifat cuma, biasalah manusia. Tak pernah merasa puas, always want more.
Nak cuba produk-produk kat pasaran, serius aku dah give-up. Dah cuba macam-macam tapi macam ni gak. Mungkin diri sendiri yang tak pandai nak pakai secara konsisten kot. Haha.
So aku cubalah cara natural which is a homemade face mask. Aku nak guna telur putih tapi telur pulak dah habis. So aku guna je lah apa yang ada kat rumah tu. Aku guna ni:
Soda bikarbonat
air
Caranya just letak 2 sudu kecik soda bikarbonat dan 1 sudu kecik air. Then mix it and apply onto your face. Biarkan kering selama 10 minit then basuh muka.
Kesan selepas guna, korang akan rasa kulit licin gila dan lembut ja. Bestnya. For your information, soda bikarbonat ni dapat kecutkan jerawat, hilangkan parut jerawat, kecilkan liang, hilangkan blackheads dan whiteheads selain membuatkan kulit jadi lembut.
Bila dah sapu kat muka akan rasa pedih sikit especially di tempat berjerawat. Tahan lah sikit kan. Tapi memang effective. You guys should try. It doesn't cost you anything, cheap ingredients. Why not give it a try? :)
Okay, till then.
Bye.
* Gambar dan Info from Google.
No comments:
Post a Comment