Wednesday, July 3, 2013

Carboot Sales di Malaysia. Ada ke?

Hi.

You all pernah pergi carboot sale tak? Rasanya semua tahu kan carboot sale tu apa kan. Kalau tak tahu boleh google :)

Sebelum ni, aku pernah la join carboot sale. Saja suka-suka plus nak habiskan semua stok barang aku seperti pakaian dan pinggan mangkuk mak aku.

Setakat ni, dah 3 kali aku join carboot sale. Sangat seronok! :)
Carboot sale ni bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari setiap hari ahad.

Antara tempat yang aku pernah pegi:
- Seksyen 4 Bangi
- Bandar Sri Putra
- Bukit Mahkota

Meh tengok gambar-gambar aku di carboot sale.


* Ni antara pakaian baju aku. Sayang dah tak pakai. Kalau bagi kat rumah anak yatim dorang nak ke?

* Time ni kat Bandar Sri Putra. Tengok, aku jual murah-murah ja. Sebab nak let go

* Mari-mari lelong lelong. RM5 sehelai. Haha

* Nampak laki yang pakai baju color biru tu? En. Haqim pun sibuk nak join gak carboot sale :)


* Macam ni lah suasana di carboot sale. Dalam pukul 9-10 pagi baru ramai orang datang

Untuk join carboot sale ni perlu bayar fee RM7.00. Actually RM7 tu akan disedekahkan kepada masjid-masjid untuk dibaik pulih. So sambil menyelam minum air, tak gitu. Sambil aku jual barang-barang aku tu at the same time aku pun buat amal kebajikan.

Tapi sekarang aku dah tak join carboot sale, malas. Hehe. Tapi InsyaAllah lepas raya mungkin aku akan join balik.

Bagi sesiapa yang berminat nak join, boleh rujuk sini. Every week carboot sale ni akan rotate tempat so you all boleh register mengikut lokasi mana yang berdekatan.

Kat Malaysia ni aku rasa macam kurang aktiviti carboot sale, tak macam di oversea. Kat sana lagi meriah. Suka tengok. Mungkin Malaysian patut galakkan sikap ber-carboot sale ni.

And it's fun! :)


Tuesday, July 2, 2013

Ramadhan Is Coming

Hello July!
Ramadhan is coming :)

Hi. Half of year has passed and left another half year. "So what accomplishment you had done so far?"
That sentence yang selalu terngiang-ngiang dalam kepala otak aku ni. Aku fikir di mana tahap pencapaian hidup aku? Ada improvement atau langsung tak ada?

Di mana tahap iman aku, solat, mengaji, amal kebajikan, kerja, savings selama setengah tahun ni, semua tu aku fikir. Dan setakat ni, aku rasa hidup aku tak ada banyak kemajuan pun. Aku tak tahu kenapa.

The best change that I had done so far is berhijab. Aku mula berhijab awal tahun. Alhamdullilah. Terbuka pintu untuk bertudung, nasib baik sempat kan. 

Mungkin aku seorang je yang fikir perkara ni sampai aku rasa down. Aku rasa useless. Nak-nak bila aku bandingkan diri aku dengan kawan-kawan aku. Lagi stress. 

Bila dah makin meningkat usia, your thinking is more wide as compared when you were young atau masa zaman kita belajar di universiti. 

Maybe I take it too seriously. 

It's okay, another half year ni aku nak buat perubahan. Yeahh.. Kena semangat! Kena positif! 
Something that out of my comfort zone. Moga diberkati oleh tuhan. Aminn.

May all of you have given best for your life :)