Wednesday, July 3, 2013

Carboot Sales di Malaysia. Ada ke?

Hi.

You all pernah pergi carboot sale tak? Rasanya semua tahu kan carboot sale tu apa kan. Kalau tak tahu boleh google :)

Sebelum ni, aku pernah la join carboot sale. Saja suka-suka plus nak habiskan semua stok barang aku seperti pakaian dan pinggan mangkuk mak aku.

Setakat ni, dah 3 kali aku join carboot sale. Sangat seronok! :)
Carboot sale ni bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari setiap hari ahad.

Antara tempat yang aku pernah pegi:
- Seksyen 4 Bangi
- Bandar Sri Putra
- Bukit Mahkota

Meh tengok gambar-gambar aku di carboot sale.


* Ni antara pakaian baju aku. Sayang dah tak pakai. Kalau bagi kat rumah anak yatim dorang nak ke?

* Time ni kat Bandar Sri Putra. Tengok, aku jual murah-murah ja. Sebab nak let go

* Mari-mari lelong lelong. RM5 sehelai. Haha

* Nampak laki yang pakai baju color biru tu? En. Haqim pun sibuk nak join gak carboot sale :)


* Macam ni lah suasana di carboot sale. Dalam pukul 9-10 pagi baru ramai orang datang

Untuk join carboot sale ni perlu bayar fee RM7.00. Actually RM7 tu akan disedekahkan kepada masjid-masjid untuk dibaik pulih. So sambil menyelam minum air, tak gitu. Sambil aku jual barang-barang aku tu at the same time aku pun buat amal kebajikan.

Tapi sekarang aku dah tak join carboot sale, malas. Hehe. Tapi InsyaAllah lepas raya mungkin aku akan join balik.

Bagi sesiapa yang berminat nak join, boleh rujuk sini. Every week carboot sale ni akan rotate tempat so you all boleh register mengikut lokasi mana yang berdekatan.

Kat Malaysia ni aku rasa macam kurang aktiviti carboot sale, tak macam di oversea. Kat sana lagi meriah. Suka tengok. Mungkin Malaysian patut galakkan sikap ber-carboot sale ni.

And it's fun! :)


No comments:

Post a Comment