Untuk part II aku akan sambung untuk hari ketiga aku berada di Beijing.
Ada beberapa tempat menarik kami pergi. Tapi as usual, government store wajib disinggah -.-
But still a wonderful experience :D
Day 3
Tian An Men Square
Selepas breakfast, dalam jam 9 pagi kami bergerak ke destinasi. Tempat pertama yang kami pergi ialah Tian An Men Square.
Aku ingat tempat ni macam historical place sebab dengar nama cina dia macam nama zaman dinasti. Tapi it just a square that can fits up to 500,000 people.
That's amazing fact but bagi aku takda apa yang menarik pun. Huhu.
Tian An Men Square ni berdekatan dengan kawasan kementerian. Macam ala-ala Putrajaya gitu.
belakang aku tu adalah parlimen
macam ni lah suasana di Tian An Men Square. depan tu adalah kementerian
Forbidden City
Lepas dah tangkap gambar dekat Tian An Men Square, kami pun bergerak ke Forbidden City.
Forbidden City hanya terletak opposite Tian An Men Square. Dekat saja :)
Forbidden City lagi best. Tengok bangunan dan design bangunan zaman dulu memang awesome. Tapi sebab sejuk sesangat (-5 degree celcius) aku tak sanggup nak pusing satu Forbidden City tu.
Sejuk sangat, serious talk.
ni kawasan pintu masuk Forbidden City. Jangan tanya tu gamba siapa. Aku tak kenal. Tapi seorang pemimpin terkenal ketika dulu.
lepas dah masuk ke dalam Forbidden City
Forbidden City ni luas kawasan dia. Tempat ni macam ada lapisan-lapisan. Lapisan yang last dan paling atas adalah tempat Maharaja. Yang atas ni baru macam second gate tau. Sebelum tu ada lagi ruang legar.
lepas dah bergambar kat jambatan kecik
ni tempat yang paling atas. Sejuk gila. Perasan tak ramai orang berkumpul kat luar hall tu? Haa yang tu kalau nak tahu ada apa kat dalam kena datang melawat Forbidden City ;)
kat sini bahagian lain di Forbidden City
Lepas dah habis jelajah Forbidden City, kami ke restoren pulak. Ramai yang nak gerak cepat sejuk sangat, tak tahan. Huhu.
berjalan menuju ke bas. Sebelah kiri adalah Forbidden City
Lunch time. Yay! Musim sejuk ni memang cepat lapar. Walaupun menu dia macam banyak sayur, tak pedas tapi sangat teruja bila part nak makan. Mungkin sebab breakfast tak makan kot.
nampak menyelerakan kan? :)
Then, selepas makan kami pergi ke masjid. Tak ingat lah apa nama masjid, tapi masjid tu dekat dengan Bamboo shop.
suasana sekitar masjid
Tea Shop - Dr. Tea
Selepas tu, kami melawat government store iaitu kedai teh, Dr. Tea.
Macam biasa, mereka akan bagi penerangan tentang teh dan bagi kita rasa jenis teh-teh yang dorang jual.
Dan... instructor Dr. Tea boleh cakap bahasa Indon. Well, bahasa Indon dengan bahasa Melayu pun nak lebih kurang sama kan. So fahamlah jugak penerangan dorang.
Paling aku berkenan Pu'er Tea. Bagus untuk slimming, darah tinggi, bla bla bla (aku tak ingat). Bila dengar untuk slimmimg ja, aku macam - wow, untuk slimmimg! ;) *wink*
Terus minum 3 cawan Pu'er Tea k.
Buget boleh kurus la kalau minum Pu'er Tea tu. Puihh. Haha. Setakat minum 3 cawan kecik memanglah takda kesan ye dak.
Dorang jual 1 stok Pu'er Tea 400 yuen (lebih kurang RM200). Sorry, got no money. Huhu. :'(
adik aku bergambar dekat depan kedai Dr. Tea
FYI, kami tak dibenarkan tangkap gambar dalam kedai teh (masa dorang bagi penerangan pada kita). So tangkap gambar depan kedai pun jadi laa..
Stadium Olympic Bird's Nest Park
Selepas itu, kami pergi ke Stadium Olympic Bird's Nest. Stadium ni digunakan masa Olimpik 2008 dan design stadium tu macam sarang burung.
Sangat cantik dan unik! :)
Aku ingat kan pergi ke stadium tu, tapi rupanya just jenjalan sekitar stadium tu ja. Sebab area situ ada orang jual-jual dan dekat lah jugak dengan stadium tu.
That's not my mum. She's my mum's friend
Foot massage
Dah penat jenjalan kat Stadium Olimpik Park, next kami pergi ke foot massage. Tempatnya berdekatan dengan stadium ni, dalam 5 minit dah sampai.
Foot massage ni free saja. Instructor dia pandai cakap bahasa Indon. Hebat betul dorang ni, multi-language semuanya.
Sementara kaki kita diurut, datanglah beberapa consultant (katanya profesor, macam tak percaya) tentang rawatan urutan kaki. They can tell us what type of disease we might have and so on.
Lepas tu, dorang akan promote ubat-ubat yang dorang jual. Ada ubat makan, ada ubat sapu. Aku macam -.-
*jual ubat pulak..
Tengok takda orang nak beli kan, manager tu bagi promotion lagi, buy 3 free 1 ubat. Haa tergoda tak kau. Nak-nak orang yang berumur.. lagi senang nak tertarik kan. Harga mahal lah jugak (paling murah dalam 500 yuen, RM250).
Macam kawan mak aku, dia tak berminat nak beli. So dia cakap lah tak cukup duit. Then consultant tu cakap lah, "never mind, you can use credit card". Kawan mak aku cakap dia takda credit card. Then, dia pujuk lagi, "you can pay half yuen and half Ringgit, we accept Malaysia money". *ayat dia lebih kurang macam tu la.
Nampak tak permainan dia? -.-
consultant tu tengah pujuk kawan mak aku untuk beli ubat. Nampak tak ubat-ubat tu?
Bagi aku lah, mungkin ubat nya bagus.
Kita tau kan lifestyle orang Cina macam mana, kulit cantik, kebanyakannya sihat dan kurus-kurus ja badan walaupun dah tua, dan ada yang hidup lama.
Tetapi, aku tak galakkan kalau korang nak beli. Sebabnya korang tak boleh consult lepas dah makan ubat-ubat tu. Tetiba ada side effect, takkan nak pergi ke Beijing tanya atau nak minta dorang consult kan.
Dan kalau tanya doktor di Malaysia, kalau dorang familiar with those ubat or bahan-bahan yang terkandung dalam ubat, that's fine. Tapi ubat tu takda kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Anda sanggup ke ambil risiko?
Huu -.-
Dinner
Lepas tu kami makan malam. Then balik ke hotel.