Hi.
Ayuh, sambung cerita percutian di Beijing Part III.
Day 4
Jam 7.30 pagi aku dan adik aku turun ke cafe untuk sarapan. Banyak pilihan makanan tapi kami hanya makan roti saja, takpun susu dengan coco crunch.
Menu sarapan aku sepanjang berada di Beijing. Takda nasi lemak, takda roti canai. Hisk.
Kemudian kami bergerak ke Snow World iaitu pusat ski yang menggunakan salji tiruan.
Kecewa jugak sebab dah hari ke-4 masih takda salji. Sebab ramalan kaji cuaca kata akan turun salji. Tapi tak turun pun... :'(
Best jugak kalau dapat main salji, dah alang-alang cuaca tengah sejuk. Boleh buat snowman, baling-baling snow lepas tu guling-guling atas salji. Bestnya! ^_^'
Mungkin takda rezeki nak main salji.
-.-
Snow World
Anyways, salji tak turun tapi dapat main salji tiruan pun okay la jugak kan. Haha. First destination kami pergi ke Snow World, yang agak jauh jugak dari hotel kami. Rasanya dalam sejam lebih baru sampai.
Dah sampai bergambar dulu. Ekekekek
Haa ini la tempat ski nya. Dorang masih tengah taburkan salji. Itu salji tiruan ye.
Ini gelongsor salji. Kita pakai pelampung then gelongsor. Nak main, 20 Yuen (RM10). Takda siapa pun yang main time tu. Huhu.
Kalau nak main ski, kena bayar 120 Yuen. Pakej kami hanya termasuk entrance fee tak termasuk ski.
Aku macam teruja jugak nak main ski. Yelah, tak pernah main kan. Tapi bila kena bayar 120 Yuen, aku macam - err..tak apa lah.
Huhu :'(
***Take note***
Okay, guys. Kat sini tricky sikit, sebab main ski ramai yang tertipu jugak lah.
Ramai yang nak main ski dalam 20 lebih orang macam tu. Bila dah sampai kat sana dan dah bayar 120 Yuen, dorang semua pergi ke tempat peralatan ski.
Masa aku sampai, aku tengok ramai orang China duduk kat kerusi. Rupanya dorang ni trainer untuk main ski. Kalau nak pakai khidmat dorang, kena bayar 220 Yuen. So, sewa peralatan ski 120 Yuen tambah trainer 220 Yuen, total 340 Yuen!
Gila kau.
Si Mahathir tu tak mention la pulak kalau nak pakai trainer kena bayar 220 Yuen.
Semua kat situ tak pernah main ski, ada lah seorang pandai main so okay la dia boleh main sendiri. Mana yang tak reti kena la amek trainer sebab rugi la kan, dah sewa peralatan ski tapi tak boleh nak main.
Ada dua tiga orang yang amek trainer. Mana yang tak amek, kena struggle untuk naik ke puncak pakai kasut ski. Kau reti?
Huu~
Bila dah sampai kat atas, ramai yang tak turun-turun lagi. Kami hairan jugak dorang buat apa lama sangat kat atas tu. Kata nak main ski, tapi tak berski pun. Dah la dua jam aja nak main ski (aku yang tak main ski rasa 2 jam pun dah cukup lama sebab tak buat apa-apa).
Ada seorang yang pandai main ski ni turun (I don't know her name) then ada seorang akak ni panggil dia (kami hanya tengok kat luar sebab ada pasang pagar). Akak ni tanya kat dia kenapa anak dia tak turun-turun.
Dia kata, trainer tu tengah force suruh dorang amek trainer. Lepas tu duk psiko la, kalau tak amek trainer nanti jatuh (sebab ada yang main sampai jatuh).
Itu taktik dorang!
Dah la tak pandai cakap bahasa Inggeris lepas tu nak paksa orang hire dia jadi trainer. Geram pulak. Kita yang tak main pun rasa macam tertipu. Ye laa, at least inform us trainer pun kena bayar. Ingatkan ada orang yang guide kat situ.
Aku rasa kalau Mahathir beritahu mungkin tak ramai nak main kot.
Apasal muka macam nak nangis tuh? -.-'
Aku bosan nak tunggu dorang habis main. So aku dan adik aku jalan-jalan sambil bergambar. Sebenarnya sejuk gila. Nampak cuaca panas tapi tak rasa bahang haba. Angin sangat kuat membuatkan lagi sejuk.
Gambar atas tu sebenarnya nak tunjuk gunung-ganang kat situ. Cantik pemandangan. Tapi sebab sejuk sangat, tak tahan sejuk. Nak senyum pun dah tak boleh. Hehe.
Padahal aku dah pakai baju dua tiga lapis siap pakai thermal sekali. Glove pakai dua lapis. Pakai pashmina (tak pakai shawl sebab nipis) then tambah lagi pashmina buat cover muka. Masih terasa sejuk.
Sejuk bak hang.
Lepas dah bergambar, tak tahan sangat sejuk kami terus masuk dalam bas. Tak sanggup nak duduk kat luar.
Crystal and Jade Shop
Macam biasa, dorang akan introduce jade yang dorang jual, beritahu macam mana nak bezakan jade tulen dan tiruan dan akan bagi diskaun.
Boring. Takmo cerita.
Lunch
Then, lunch!
Ini adalah menu for day 4. Ada lagi lauk yang tak sampai
The Great Wall of China
Selepas itu, kami pergi ke The Great Wall of China! Ini lah tempat yang aku nak sangat pergi.
Aku teringin nak pergi Tembok Cina sebab dia tersenarai dalam 7 World's Wonder. *tak pasti masih tersenarai lagi atau tidak
Sebelum ni aku macam apa yang hebat sangat tentang Tembok Cina ni kan. Tembok ja pun.
Then, aku baca tentang sejarah Tembok Cina, tak baca details sangat just tau roughly ja.
Bila kau baca sejarah Tembok Cina, kau akan akan rasa amazed. Bila kau jejak sana, kau tengok depan mata kau then kau panjat sendiri tembok tu, kau rasa - Wow!
Itu yang aku rasa :D
Tembok Cina ni memang panjang dan sangat kukuh
Can you spot us?
Muka teruja sebab dapat panjat Tembok Cina sampai atas
Tak ramai yang panjat tembok tu sebab tinggi sangat. Makcik-makcik dengan pakcik-pakcik memang tak naik lah. Anak-anak dorang ja yang naik.
Aku jenis tak gayat so aku macam teruja gila nak naik. Hanya aku dan adik aku ja yang naik, mak aku tak join.
Bila naik takda masalah tapi bila tengok belakang terus kecut perut. Tinggi gila. Scary gila nak turun. Bila dah sampai satu point, tempat yang rata, aku dengan adik aku rest kejap, minum air then tangkap gamba. Haha. Then sambung naik atas lagi. Bila kat tangga, kecut perut, dilemma nak naik atas lagi atau taknak dah. Tapi naik jugak.
Bila dah sampai next point, stop sekejap. Lepas tu mula dilemma lagi, nak ke taknak panjat sampai atas lagi. Dah la sejuk gila. Kat atas lagi sejuk, angin lagi kuat. Then, cakap kat diri masing-masing. Ini aja peluang nak panjat Tembok Cina, lepas ni mungkin takda peluang dah.
So, we decided to climb up.
Bila dah panjat sampai atas, kami stop dulu, minum air dan tangkap gambar, again. Hehe.
Adik aku tanya, nak panjat lagi tak. Aku cakap, taknak dah. Sejuk, tak tahan. Then, kami pun turun.
Haa, part nak turun tangga yang memang gua seram. Taknak curam pulak tangga dia. Aku turun sambil duduk sebab takut terjatuh. Bila berdiri menggigil kaki sebab takut dan sejuk.
But eventually berjaya jugak turun.
Yeahh, I have climbed the Great Wall of China! :D