Wednesday, January 16, 2013

Kegunaan Vaseline (Petroleum Jelly)

Hello :)

Bad for today, mulut aku ada ulser. Setelah berbulan-bulan lamanya tak kena ulser, hari ini muncul balik. Plus, bibir pun kering. Yeah, I know kurang minum air masak.

Since my office has air-condition, lagi cepat buat bibir ni kering. So terpaksalah every 10 minutes sapu vaseline kat bibir. Kalau tak mesti mengelupas. 

Talking about vaseline ni, aku memang pengguna vaseline dari zaman universiti. Aku pakai losyen dan petroleum jelly. Losyen dia aku suka bau dia. Tapi adik aku tak suka sebab dia kata tak wangi. Aku jenis tak suka bau wangi melampau sangat macam Enchanteur. Aku suka bau sederhana wangi dan boleh moisturize your skin. Gituu.. Haha.

Actually, aku bukan nak cakap pasal losyen, aku nak cakap pasal petroleum jelly yang biasa korang pakai untuk dijadikan lip balm, make-up remover dan sapu di kulit yang kering. Korang tahukan vaseline yang aku cakap ni? Yang  ini. 

 * Familiar right?

Guess what, vaseline tu ada banyak lagi kegunaannya. Well, for those yang tahu that's good. Tapi kepada sesiapa yang tak tahu, here I'll share with you :)

1. As a lip balm 
2. Make-up remover
3. Moisturize your skin - just apply on dry skin
4. As a blusher - mix your lipstick with vaseline then apply on your cheek, blend it until looks like  blushes. 
5. Boleh beri bau minyak wangi lebih tahan lama - sapu vaseline di pergelangan tangan then spray your perfume kat situ. 
6. Memanjangkan bulu mata - sapu vaseline pada bulu mata setiap kali sebelum tidur. *I did try once. not sure is it work or not. Maybe you can try.
7. Scrub muka & badan - campurkan garam laut dengan vaseline
8. Kalau susah nak pakai subang, sapukan vaseline pada lubang subang, senang nak masuk. 
9.  Sapu kat gigi hilangkan kesan lipstick kat gigi.
10. And last but not least, boleh kilatkan kasut - just sapu ja kat kasut. Kilatlah dia nanti. Hehe. 

Itu antara kegunaan vaseline petroleum jelly. Ada banyak lagi, korang boleh google sendiri. 

Tapi aku suggest, bagi yang oily skin macam aku ni jangan letak vaseline tu kat muka. It is creamy and oily totally not suits for us. *Jangan ambil risiko 

Bagi yang kulit berminyak, it is better for you cari produk yang water-based atau gel-based. Sebab lagi cepat meresap dan tak berminyak. 

Oh yes, lagi satu. Aku pun tak cadangkan sapu kat rambut. Since it is creamy and oily agak susah untuk hilangkan. Kalau kulit rambut berminyak *macam aku juga silalah jangan pakai. 

That's all for now. 

Bye! :)

Thursday, January 10, 2013

Sup Sayur In The Making

Hi :)

Post kali ni aku nak share resepi sup sayur. Actually, I'm on diet so aku kurangkan makan nasi dan lebihkan makan sayur-sayuran dan buaha-buahan. Ecehh.

Seriously berat aku dah bertambah. You just imagine in year 2008 berat aku dalam 48kg. Sekarang berat aku 55kg. Tinggi aku 165cm. Kalu ikut BMI memang sihat lah. But the problem is lemak tu banyak melekat kat perut instead of di tempat yang lain. 

Frustrating kan. Nak exercise malas, makan berpinggan-pinggan macam mana badan tak naik. Then I google resepi sup sayur. This is my style, modified sikit from resepi lain dalam google ni.

Bahan-bahan:

bawang putih (cincang)
bawang merah (cincang)
lobak merah
kentang
cendawan
daun sup
kobis bunga
cili padi
garam
serbuk lada hitam
parsley flakes (optional)
1 kiub pati ayam
ayam (dipotong kecil)
air (2 1/2 cawan)

Cara-cara:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih.

2. Masukkan air dan pati ayam. Kacau sekejap.

3. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil.

 *macam ni la. tapi aku malas nak ptong kecil wing tu. Hehe

4. Masukkan lobak dan kentang yang telah dipotong

* Aku suka kalau potong-potong sayur susun macam tu. Sistematik gitu. Haha

5. Lepas lobak dan kentang macam dah separuh masak masukkan cendawan dan kobis bunga pula.


6. Kemudian, masukkan garam, serbuk lada hitam dan parsley flakes

* Kebetulan ada kat dapur, campak je parsley flakes tu. 

7. Baru masukkan daun sup dan cili padi 

 * Terserah lah nak masukkan cili padi ke tak. Family aku suka makan pedas

8. Kacau bagi sebati. Tengok semua sayur sayur dah masak, dah siap! :)

* Hasil dah siap. 


Selamat mencuba :)

Wednesday, January 9, 2013

DIY Face Mask

Hi :)

Post for today aku akan bercakap tentang face mask di mana korang semua boleh buat sendiri dan menjimatkan :)


Dulu aku ada la juga beli face mask ni. Aku kalau sebelum pakai mask tu, aku akan simpan mask tu dalam peti sejuk sehari. Bila pakai, ya ampun sejuknya. Best gila rasa.

Tapi, nak beli selalu tidak kot. Faham-faham je lah sebabnya ye. 

So aku ada cara yang lebih baik untuk teruskan pakai mask ni dengan membuat sendiri face mask tu. Heheh :D

Bahan-bahannya anda perlu kan ini sahaja:



* madu dan plain yogurt

Cara-caranya:

1. Campurkan 2 sudu besar yogurt dengan 1 sudu besar madu.
2. kacau bagi sebati.
3. Apply kat muka then biarkan selama 15-20 minit.
4. Kemudian, basuh muka. 

Apa kebaikannya?

Madu - merupakan antioksida semulajadi yang dapat membantu menghalang pembiakan bakteria yang menyebabkan jerawat.

Yogurt - menyeimbangkan pH kulit muka dan menjadikan muka lebih bright dan juga dapat menghidrat kulit muka.

Simple dan senang untuk buat face mask ni. Mungkin anda akan tertanya, berkesan ke? 

Well, this too is also takes time. Sama seperti artificial produk di pasaran. Tetapi yang paling penting, it does not harm your skin. Sebabnya, the more natural ingredient you use, more good to your skin :) 

Selamat mencuba :)

sumber: acneskinsite.com


Tuesday, January 8, 2013

Macam mana nak buat penghantaran postage (pos laju)?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak dua menjak ni aku selalu lah juga tengok fb, blog dan website yang menjual baju-baju online ni. Dan cara the seller nak buat delivery barang-barang tu kepada customer biasa mereka akan pos either using pos laju atau pos daftar. Kalau guna pos laju dalam 2-3 hari barang dah sampai, memang cepat. 

So bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan business online atau shopping online macam aku ni haa perlu tahu tentang postage. 

Postage ni ada bayarannya mengikut berat,tempat dan dimensi. Jika korang pakai kotak, lebih mahal kos penghantarannya. 

Semenanjung : RM6 (berat <500g)
Sabah dan Sarawak : RM9 (berat <500g)

Mahalkan? -.-

*rujuk sini.

Dan akan ada additional charge jika berat lebih dari 500g. Kebiasaannya sehelai pakaian atau aksesori tak akan lebih dari 500g. 

Hari ni aku nak pergi hantar parcel aku. Aku ada jual barang-barang pre-loved aku kat sini.

Jadi, bagi korang yang nak buat penghantaran tu sila ikuti langkah-langkah di bawah. Ecehh. Hehe.


1. Bungkus barang kemas-kemas 
- supaya barang tu tak terdedah dan boleh menyebabkan kerosakan. Macam aku, aku bungkus barang tu dua kali. Satu balut pakai kertas plastik then baru bungkus pakai kertas minyak. Ada ja yang pakai envelope. Ikut cara masing-masing, yang penting bungkusan tu selamat sampai dengan keadaan baik. 


2. Timbang berat
- Just in case lebih dari 500gram. Jika lebih perlu minta additional payment kat customer.


* Siap penimbang tu haa. Hehe

3. Tulis alamat dan no.telefon penerima
4. Isi maklumat di borang kiriman domestik. Borang ni kena ambil di pejabat pos. 


* Borang kiriman domestik yang perlu diisi


* Isi maklumat : nama, alamat, no. tel & poskod

* Track no. tu penting untuk korang detect status parcel korang. 

5. Dah siap isi boleh hantar dan buat pembayaran postage.

Dan jika sekiranya korang nak check status parcel korang, boleh pergi ke sini 

Nanti akan keluar macam ni: 


So korang taip number track dalam ruang kosong tu dan nanti akan keluar status parcel. Dan nanti akan keluar macam ni:



Tak susah kan :)
Harap dapat membantu.

Okay nanti sambung cerita lain pula. Adios. 




p/s: banyak orang tanya tentang poslaju. To make it clear, saya bukan pekerja Pos Malaysia. Kalau ada soalan boleh drop di bahagian komen. Kalau saya tahu, saya jawab k :)  

Monday, January 7, 2013

Shopping Online

Hello again :)

Bercakap pasal shopping online ni, aku baru lah first time kan nak shopping secara online ni. Aku tak pernah nak ambil tahu tentang tu. 

Bagi aku, shopping di mall lebih memberi kepuasan. Ye lah, kita boleh cuba baju tu, boleh rasa material dia, boleh check elok ke tak elok kainnya. Dan paling penting boleh nego dengan penjual tu. Mana tahu, boleh dapat lagi murah kan.  Tapi bab-bab nego ni kat Masjid India bolehlah, kalau kat mall takda maknanya. Hehe.

Semenjak aku sangat aktif di friendlyfashion.my , aku telah berjinak-jinak membeli baju kat situ. Well, I'm a type of who didn't mind to wear pre-loved item. Ada certain orang kisah, mereka lebih prefer untuk beli baju baru instead pakai baju secondhand. It's up to them. Everyone have options :)

Bagi sesiapa yang tak tahu tentang website tu, boleh tekan sini. aku ada explain serba sedikit tentang tu. 

First time aku shopping online, ini yang aku beli.

 * Baju ni aku beli termsuk postage RM15



* Ni aku beli termasuk postage RM23

* Baju termasuk postage RM28 :)

Bagi aku, okay la bagi orang macam aku jenis biasa-biasa. And look at their prices, affordable kan :) Dan aku bernasib baik, condition baju tu masih dalam keadaan baik as their promises.

So bagi anda yang tidak kisah memakai barangan pre-loved, bolehlah lawati website mereka. 

Okay sampai di sini saja lah. Aku saja nak cerita pengalaman first time aku shopping online ni. Out-to-date sangat. Haha.

Adios :)





Sunday, January 6, 2013

Have You Heard About Friendlyfashion.my ?

Hi :) 

Pernah tak anda dengar tentang friendlyfashion? Well it is actually a website that sell pre-loved items. Bagi yang tak tahu pre-loved item tu maksudnya barangan terpakai. Dalam website tu jual baju, seluar, dress, skirt, aksesori dan macam-macam lagi. Bukan sahaja barangan wanita, barangan lelaki pun ada. So just go check out their website okay. Sila tekan sini

 * Macam ni frontpage nya.

Besides selling, you also can do swap. Swap ni macam you exchange the items between you and the other friendlyfashion member. Macam sistem barter lah, tukar barang suka sama suka. Awesome kan? ^_^

It's good news for who love to online shopping. But bare in mind, they are pre-loved items not new items. So you can't expect the items are look new. Tapi kebanyakannya still in good condition, no worries :)

Aku pun ada jual barangan pre-loved kat situ. So korang semua boleh pergi check item aku di sini. Kalo berminat untuk beli boleh inform aku :)

Antara barang-barang yang aku jual:

 * RM24 inc. postage

* RM25 inc. postage

* RM28 inc postage

Ada banyak lagi, just go to my items in friendlyfashion.my okay :)
We'll talk later.
 Bye.


Saturday, January 5, 2013

Back to Blog

Aloha :)



Aku dah lama ada blog ni cuma tak pernah nak update. Aku ada post juga sebelum ni tapi kebanyakannya aku set as draft balik. Bila baca posts tu aku macam, "what was you're thinking?" Haha. Kelakar dan malu gila bila baca post sendiri. 

So here I am, back to blogging again talking about anything. 

Okay, sampai di sini sahaja.

Aloha :)
 * Do you know Hawaiian use Aloha for hi and bye? 

See ya! 

Friday, January 4, 2013

Are you on Diet?

Hello :)

So are you on diet?

Yes, I am.

So what did you do during your diet?

I eat less rice. I eat a lot of vegetables.

Anything else? Do you exercise?

Err.. No. Hee.

Since I gain weight, kebanyakan baju dan seluar aku dah tak muat. Sedihkan? Therefore, starting this year I start to concern about my food intake. 

From my research, (google je pun) ada beberapa cara atau kaedah untuk mengurangkan berat badan kita. Info ni kebanyakannya aku ambil kat website from this awesome man, KevinZahri.com (go check-out) dan juga dari blog-blog lain. Banyak sangat, tak ingat dah.

So this is several methods to help us reduce our weight:

1. Exercise (Seriously malas gila nak buat).
2. Makan banyak sayur
3. Kurangkan pengambilan gula, garam dan lemak (nasi, teh tarik, lemak ayam).
4. Minum air kosong dengan banyak at least 2 liter per day (Ini pun sangat susah nak buat).
5. Tidur cukup. 

Setakat ni je aku ingat, ada lagi rasanya. I will update later. 






Thursday, January 3, 2013

Totally Not 'It's Licking Finger Good'

Semalam aku pergi KFC kat satu mall ni. Baru first time pernah makan kat KFC situ. Aku order as usual Snake Plate and my boyfriend order Zinger burger set. Aku cari tempat duduk then pergi basuh tangan then bukalah makanan. Aku buka coslow je, aku macam terkejut dengan color coslow dia. Kenapa nampak color nya nampak pucat? Dan cheese Zinger burger boyfriend aku keras. Can you imagine keju yang lembut bertukar jadi keras? And worst, ayam dia macam ayam lama, rasa nak termuntah je lepas makan. Balik je aku terus tak sedap perut. 

Cuba tengok ni,



*gambar 1st coslow aku beli, yang 2nd gamba aku google gamba coslow. nampak tak perbezaan?
tidak ada faktor pencahayaan


* OMG cuba tengok cheese dia, sampai terangkat. keras. 

Agak kecewa juga sebenarnya. I mean, hey we paid okay how come you can serve us like that?
Itu reaksi aku selepas itu.

Aku tak mahu customer lain alami apa aku dah alami. Aku faham bukan semua orang kaya, kebanyakannya orang dari keluarga sederhana, macam aku. So what I did, aku buat customer feedback di website kfc. Di sini.

Aku baru hantar pagi tadi, setakat ni tak ada respon daripada mereka. Mungkin esok atau lusa mereka akan call or email to me.